Tuesday, February 14, 2012

Bukan Senang Nak Berkawan dan Dikawan, kan?

You can count on me like one, two, three, I'll be there.. coz that's what friend supposed to do oh yeah.. And I can count on you like four, three, two and you'll be there... coz that's what friend supposed to do oh yeah... Itu kata Bruno Mars, tapi realitinya begitu ke?

Kata Ruhil Amani penyanyi tahun 80an-90an pula begini.. "Kawan... apa erti sayang, jika hati tak tenang.. kawan, apa erti kasih.. jika kau tersalah pilih.." Aiyo.. kawan ke kekasih ni? Keliru sikit.

Bila bercerita tentang kawan, bukan senang nak cari Teman Sejati. "Selama ini ku mencari-cari teman yang sejati.. buat menemani perjuangan suci.." -- macam tu ke lirik lagu ni? Saya tak tahu, tak minat sangat nasyid. (Tak payah nak roll eyes.. tak minat tak semestinya tak suka, biasa-biasa je)

Anyhow, memang susah bila nak berkawan dan dikawan. (Ada ke perkataan dikawan?) Maksudnya, apabila kita mahu didekati sebagai seorang kawan. Saya ada juga kawan-kawan semenjak kecil tapi kawan-kawan macam tu je la.. takde lah sampai nak ku bongkarkan segala rahsia di hati. Kawan bergurau senda, kawan berkongsi cerita-ceriti remeh temeh. Kau tahu kau siapa.

Saya melayari kehidupan tanpa seseorang yang digelar kawan baik. Kemudian, bila saya memasuki alam pekerjaan, saya cuba untuk buat bff dengan seseorang. Konsep bff ni memang makhluk asing bagi saya tapi bak kata orang "tak kenal maka tak cinta". Dengan dia ini saya telah memusnahkan pagar-pagar atau tidak memasukkan apa-apa dalam safebox, semua terdedah untuk dia tengok atau shortforms nya "I let my guards down". Uuuhh... silap besar saya. Dalam pada dia kata sayalah kekononnya bff dia, dia sedang mereka-reka jalan untuk merosakkan periuk nasi saya. Lantas, saya ditikamnya kuat-kuat dari belakang. Ouch! Nasib juga tikamannya tidak terkena hati dan jantung. Ketika itu terjadi, saya berfikir ke belakang... bila sebenarnya dia start plotting untuk memusnahkan hidup saya. Rupa-rupanya sudah lama, cuma kalau dengan saya.... saya takde wasangka dengan orang yang rapat dalam hidup saya. Tak apa lah, itu cerita dahulu kala. Saya harap dia tak bertalam dua muka dengan orang lain dalam hidup dia. Ramai orang yang mukanya manis, mulutnya manis di depan kita tetapi hatinya tidak begitu.

Kemudian saya nilai semula prestasi saya sebagai seorang kawan dan kenapa saya tidak mempunyai ramai bffs. Di sekolah dulu, apabila lepas darjah 6, saya tak kisah nak ambil contact number atau apa-apa saja yang boleh mengekalkan silaturrahim. Kemudian perkara yang sama terjadi di sekolah menengah, universiti dan sebagainya. Kesimpulan, saya tidak ada elemen seorang rakan yang diidamkan. :P Rupanya saya lebih senang bersendiri. Saya okay dengan orang yang mempunyai kawan dan kawan-kawan cuma saya tak tahu macamana nak jadi a really caring friend. Ada orang yang tak boleh hidup tanpa kawan, kan?

Saya tidak faham tentang kepentingan berkawan dan dikawan. Kalau setakat persahabatan biasa-biasa saya okay je, ramai juga yang suka berkawan dengan saya tetapi saya tidak memahami tentang apa itu komitmen dalam persahabatan. Saya telah cuba dan diperkotak-katikkan oleh orang yang saya percaya dan ini telah meninggalkan kesan mendalam pada saya.

Betul ke kata Bruno Mars tu? I can count on you like one, two, three? Or you can count on me like four, three, two?

Kalau anda dapat seorang kawan yang begitu, good for you! Bagi saya, ianya belum terjadi dan saya agak yakin ianya akan kekal begini. Di hati saya, keluargalah segalanya.

Happy Happy Day!

2 comments:

  1. akak kira bernasib baik dpt kawan cam kak nyah ko. Dr dulu kini dan insyaallah selamanya....kenkadang cekik darah gak...kuikuikui...

    ReplyDelete
  2. Cekik darah tu part and parcel and it makes a memorable relationship but loyalty is hard to find. :)

    ReplyDelete