Thursday, June 21, 2012

Nak Pergi Kelas Memasak Di Caramel Factory!

Woot!! Gembira tanpa terpaksa saya telah mendaftarkan diri untuk pergi ke kelas memasak di Caramel Factory! Bukan masak mudah-mudah campak-campak macam masak sambal, ini cerita tentang teknik! Macam Cikgu SRT (Maaf cikgu, saya lupa nama dah, muka saya ingat, cikgu Salimah ajar menjahit, mungkin ke Cikgu Salina?) ajar.. kalau nak buat kek, masukkan tepung kemudian pusing bentuk 8 supaya angin tak keluar. Rasanya dah tak relevan kot sekarang sebab saya dah beli Kitchen Aid. Mak ai.. elitist betul kenyataanku ini! Okay, dah tape mulut dengan cellophane tape.

Semalam saya tengok Masterchef US season 2 dan menonton peserta menyediakan souffle. Tak sure pula apa dia Souffle dalam bahasa Melayu. Kek lembut? Tapi kalau nak buat souffle ini, teknik kena betul ataupun souffle akan kempis di tengah. Kalau nak buat cokodok senang je. Main agak2 je dah boleh buat tapi untuk masakan yang mementingkan teknik, kita kena belajar atau tengok orang buat macamana dan tahu caranya sebelum mencuba. Semalam baru saya tahu rupanya ada banyak jenis souffle.. coklat ada, carrot ada, cheese ada.. all these while ingatkan ada satu jenis je, chocolate souffle. Faint! Cik abang tu suka2 nak senyum perli saya, as if dia tahu before that.. LOL!

Untuk yang tak tahu apa itu souffle, tengok gambar di atas ittew. Tapi ini sekadar gambar hiasan ye.. 
Berbalik kepada kelas masakan yang akan saya pergi ini... cikgu kelas ini sangat comel namun lelaki-lelaki bujang jangan nak cuba2 dekat sebab dia dah berpunya. Saya nak sign up untuk dua kelas dan mencuba empat resepi. Japanese Cream Puff, Vanilla Viennois Cookie, Rollcake dan Madeleine! Pheewit! Kalau saya dah hebat, bolehlah saya berniaga kecil-kecilan di sebelah orang jual keropok lekor di waktu petang, barulah pakcik tu kenal erti competition! You watch out uncle! 

Sangat menggiurkan cream puff buatan Caramel Moko ini.  Sekali lagi.. gambar ini bukan hasil kerja saya. Sila ke Caramel Moko untuk mengetahui lebih lanjut tentang kelas yang ditawarkan. 
Saya yakin saya ada bakat dalam acara baking.. echecheh.. sendiri claim pulak. Maksud saya, jika ada kemahuan, di situ pasti ada jalan. Sementara tu saya nak assign Tia untuk beberapa sessi juga. Mesti dia suka sangat. Tujuan saya untuk mendedahkan anak dara tu dengan masakan semenjak kecil ialah supaya dia tahu ke dapur. Saya memikirkan kalau wanita tak tahu memasak.. kesian anak-anak dan suami nanti, tiada masakan isteri atau ibu yang mampu dirindu. Saya mula ke dapur semenjak kecil lagi, dalam usia 9 tahun dah bolehlah masak simple2 macam masak kuah pindang. Sampai sekarang pun taklah pandai sangat tapi suami dan anak sukalah juga masakan saya.

Tapi ramai je budak2 perempuan sekarang ni yang umur dah nak masuk 25 tapi tak tahu nak rebus jagung pun! And to me, it's neither appealing nor funny. Wanita perlu bangga jika ada skill memasak.

Saya ada cita-cita nak jadi macam Bree Van de Kamp! Jangan tersedak dulu, saya tahu dia sangat cantik dan tak mungkin pinggang saya sekecil dia walaupun dengan memakai corset Beautiful! Saya nak jadi pandai masak macam dia! Okay..okay...saya tahu dia hanya fictional character tapi saya suka character dia.  Rasanya belum terlambat lagi kan? Jadi macam Julia Child pun boleh juga.. hehe. Kita perlu ada inspirasi..barulah ada drive. 

Tapi sebelum pergi kelas.. kena kira duit RM1 dulu. Satu kelas RM135... RM1, RM2, RM3, RM4, RM5, RM6...... atau... (kalau abang mendengar... akaun bank Ana ialah.. 1644...) :P

No comments:

Post a Comment