Social Icons

                                          facebookpinterest contact

Friday, July 27, 2012

Main Masak-Masak

Saya baru pindah rumah minggu lepas. Kalau rumah baru, mestilah semua barang rumah pun nak baru.    Banyak juga saya pergi survey kedai untuk mencari gajet-gajet cantik dan sesuai untuk kegunaan di rumah. Di antara gajet yang membuat saya teruja ialah gajet di dapur. Suka sangatlah pergi kedai-kedai yang ada offer barang-barang ini.  Pusing-pusing sampai lama pun takpe. Bila dah pindah dan dah menggunakannya, bolehlah review sikit. What works and what not. 

Pemecah bawang putih ni memang awesome untuk masak untuk tiga orang atau untuk orang perempuan yang nak jaga kuku malas nak cincang pakai tangan. Kalau nak buat kenduri guna ini, memang tepuk dahi. Boleh kalau nak kopek bawang putih tu dulu atau nak masukkan bulat-bulat tanpa kopek tapi masa masukkan dalam kuali tu, jangan lupa buang kulit dia pulok. Sesuai untuk masak pasta. Masukkan garlic dan tekan, cantik keluarnya. 
Ni pisau Scanpan datang dari Denmark, jangan main-main. Bukan Johor, bukan Sabah, Denmark nok. Harga pun bukan main-main. Kira harga dia boleh beli banyak pisau yang jual kat pasar nun. Siap ada penutup lagi, khelas kau! Dia janji, kalau beli pisau ni takyah tajamkan sampai bila-bila. Itu yang buat tuan punya diri teruja nak beli. Tapi, apabila guna dia... saya belum rasa selesa. Mungkin kena pakai sebulan baru mesra kot. Pisau ni cantik, ada macam-macam warna. Karer perpel pun ada. Ingat perhiasan bawa gi jalan ke nak beli warna-warni. Kan? Kalau tak selesa, nanti saya framekan dia letak jadi feature wall decor.

Yang ni ialah pengupas atau mat salleh panggil peeler. Sebelah kanan tu harga RM3.50, boleh beli kat kedai runcit mamak atau kedai runcit cina, kedai runcit melayu tak sure pulak sebab belum jumpa lagi kedainya. Sebelah kiri tu harga dia 10 kali ganda, beli kat Kitchen Shop. Dua-dua boleh peel tapi yang paling best pakai ialah yang sebelah kanan warna oren tu. Yang mahai tu okay juga tapi hati-hati dengan jari kelingking. Dia boleh kupas kuku jari kelingking sekali. Kalau kata pengetip kuku hilang.. go figure.  Kalau nak cepat dan ada kenduri, the orange one is betterlah. Moral of the story: kenapa gedik nak beli yang mahal?

Ha, ni apa pulok? Bukan untuk main ping pong, ini adalah pemisah. Hamboi... bahaya pilihan perkataanku ini. Untuk wanita yang tak reti nak pisahkan telur putih dengan telur kuning, guna benda ni. Mudah betul. Cuma, satu benda kena make sure, tangan kena steady sikit supaya telur kuning tu tak senget ke tepi dan terjun ke dalam telur putih. Harga, jangan risau kak.. RM2.50 je. Saya suka betul dengan gajet ni. Setiap kali pandang telur, memang rasa cam nak pisahkan mereka. Evil thoughts... bukan..

Benda ni harga dia mahal sikit tapi saya tak menyesal sebab dia bestlah sangat. Tangan saya ni ada masalah sikit, tak berapa kuat untuk squeeze apa-apa. Sebab tu tak basuh baju guna tangan (alasan bernas haha).  Perahlah oren ka, limau ka, lemon ka... best betul. Jus dia akan disalurkan terus ke bekas yang kita sediakan. Lagi satu, kita senang maneuver dia untuk mencari ruang2 yang belum kena perah. Kalau jumpa beli le..  

Pembelian ni ada banyak kegunaannya, dua. Kalau takde lighter boleh guna juga tapi mungkin hilang janggut atau misai.  Ini ialah hand torch untuk membakar makanan secara terus.  Saya bertekad untuk membuat cream brulee atau meringue secara solo. Saksikan kemunculan hasil kerja saya! Haha! By the way, hand torch ni harga dia RM99, gas dia RM19. Mungkin guna dalam setahun 5 kali tapi saya nak juga. Gedik, kan?

Penyepit ni senang kalau guna untuk menggoreng sebab mudah nak terbalik2 kan makanan yang digoreng. Masalah dengan penyepit yang saya beli ni, dia pendiam, tak buka mulut. Tengok le mulut dia tu. Verdict: Beli je yang jual kat Giant tu, kenapa nak cari kat Aino? Penyepit yang baik ialah yang mulutnya senang buka dan senang tutup. 

Ini memang saya tak pernah jumpa seumur hidup, la ni baru jumpa. Tapi bukan beli pun. Ini dapat percuma apabila saya membeli induction cooker. Apakah kegunaan benda ini? Ini adalah untuk menyukat portion spaghetti. Saya memang selalu ambil banyak daripada yang sepatutnya jadi dengan adanya gajet yang berbentuk kacang ini saya tahu lah nak sukat cantik2 supaya tiada pembaziran. Again, saya tak tahu mana nak beli benda ni tapi dia best.

Cukuplah sampai sini dulu, nak pi kerja dah lambat ni. Nanti saya beli gajet lain, saya cerita. Bye bye. 

No comments:

Post a Comment